PROFIL


Nama                      : Wan Su Aida binti Wan Mohamad
No Matrik                : D20111047548
Nama Sekolah         : SMK Dato' Panglima Perang Kiri, Tapah Road, Perak
Negeri Kelahiran     : Terengganu 
Alamat e-mel           : sue_eda91@yahoo.com

Jawatan di SMK Dato' Panglima Perang Kiri
1)      Jawatankuasa pelaksana program khidmat masyarakat
2)      Jawatankuasa sambutan dan protokol Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
3)      Jawatankuasa persiapan tempat Hari Koperasi peringkat sekolah
4)      Pengerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum


Jawatan di UPSI
1)      Mantan Majlis Mahasiswa Kolej Za’ba Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah
2)      Kelab fasilitator Bitara UPSI
3)      Pengarah Program Kursus Praperkahwinan
4)      Setiausaha Program Leadership and Followship in Organization (Program Eksklusif Sekolah Bitara II) 2012
5)      Timbalan pengarah program Sehari Bersama Baitul Mahabbah
6)      Jawatankuasa Pelaksana Program Hari Terbuka Kolej Za’ba 2013
7)      Jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua 2013






PENGALAMAN MENGAJAR DI SMKDPPK



Pertama kali melangkah masuk ke kawasan sekolah dengan membawa nama sebagai guru praktikal bahasa Melayu.  Terdampar di sebuah sekolah yang membawa berjuta pengalaman pahit manis, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Panglima Perang Kiri, Tapah Road, Tapah, Perak.  

SMKDPPK


Sekolah ini tidaklah sebesar sekolah lain yang memuatkan beribu-ribu orang pelajar.  Sekolah ini hanya menampung 300 orang murid yang terdiri daripada pelajar Melayu, Cina, India dan juga orang asli.  

Berhadapan dengan karenah murid yang pelbagai ragam, menghadapi dan merasai pengalaman bagaimana menjadi seorang guru, bertungkus-lumus merancang program untuk pelajar dan banyak lagi.  Bukan mudah untuk menjadi seorang guru, bukan senang untuk mendidik anak bangsa menjadi seorang manusia yang berguna untuk masyarakat, agama dan negara.  

Jujur saya katakan bahawa memikul amanah sebagai seorang guru sangat berat.  Kepercayaan yang diletakkan oleh ibu bapa dan masyarakat untuk membentuk seorang manusia menjadi insan yang berguna.  

Pelbagai pengalaman yang ditempuhi sepanjang berpraktikum di sini.  Sesungguhnya benar pengalaman itu kehidupan.  Ada manis, masin, masam, kelat. Perisa-perisa tersebutlah yang mewarnai kehidupan.  untuk diceritakan semua pengalaman sepanjang bergelar menjadi seorang guru praktikum bahasa Melayu tidak akan pernah habis.  Indah dan seronok.  

Saya diberi mandat untuk mengajar pelajar Kelas Peralihan dan juga 2 Gamma.  Pelajar yang menceriakan hari-hari saya dan kadang kala memahitkan  hari yang indah.  Namun, sungguh saya amat merindui mereka.  

2 Gamma

Ini pula kelas Peralihan yang terdiri daripada 7 orang murid.  Walaupun 7 orang murid sahaja tapi cabaran yang dihadapi untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu amat mencabar kerana mereka kurang mahir dalam menuturkan bahasa Melayu.   

Kelas Peralihan



Tugas guru bukan hanya mengajar di dalam kelas, bercakap itu ini, menerang itu ini, berleter itu ini, tapi guru juga yang bertungkus-lumus menyediakan dan merancang pelbagai program untuk murid.  Sepanjang saya menjalani latihan praktikal di SMKDPPK, pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang juga turut saya sertai.  

Sambutan Bulan Kemerdekaan




Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah


Program Khidmat Masyarakat


Untuk mencoret semua kenangan sewaktu berpraktikum di sekolah dahulu memang tidak akan cukup.  Pengalaman itu saya akan simpan dan kekal hingga ke hujung nyawa.  Guru-guru yang sentiasa ada bersama saat diri ini belajar bertatih, jatuh dan bangun sentiasa diawasi dan diberi tunjuk ajar.  

Terima kasih guru,
Terima kasih murid,
Terima kasih semua.

Terima kasih Tuhan.






LAGU SEKOLAH SMKDPPK



Sekolah Dato’ Panglima
Berbakti dan berjasa

Hidup berilmu setiap masa
Inilah cogan kita

Bersatu bekerjasama
Berusaha maju jaya

Panduan hidup rukunegara
Amalan yang mulia

Sukan dan pelajaran
Mesti seiring jalan

Kelak jadi rakyat berguna
jujur taat setia


No comments:

Post a Comment